Sunday, November 7, 2010

missing him






malam tadi aku mimpi arwah atok. mimpi tu pelik, arwah idop balik. n dia dah tak perlukan tongkat atau wheelchair untuk gerak. bila bangun, aku rasa pelik n fikir ni mesti mainan satan. pastu, aku call ibu. aku cerita mimpi tu. ibu kata mungkin betul la. sebab sakit yg atok rasa time hidup ni dah habis dah. bila meninggal, dah tak ada lagi sakit tu. sedih.



aku rindu atok sebenarnya. aku tak dapat chance untuk tengok atok for d last time pon before arwah dikebumikan. aku tak dapat cium atok pOn for d last time before arwah dikapankan. ibu cakap lagi, setiap kali kat rumah nenek, bila lalu bilik atok je, ibu boleh hidu bau atok. ibu dah start sebak time ni. cerita pasal tahlil. dah buat untuk 3 hari. pasni, ibu n adik beradik buat sendiri2 la. cumanya, bila khamis malam, akan mintak masjid buatkan sekali untuk arwah. cos time tu, memang ada bacaan tahlil utk sapa2 yg dah arwah. ibu pesan lagi, setiap kali pOn, doakan la untuk arwah. sedekah alfatihah ke.



pastu, setiap malam, esp bila hujan, aku akan sedih. sedih bila pikir keadaan arwah masa tu. kesejukan kah dia. kegelapan kah dia. aku cuma boleh doa moga kubur arwah diterangi cahaya dan aku harap apa yg kami semua dah sedekahkan setakat ni sampai kat arwah. n sebab tu jugak, aku berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri cos doa anak yang soleh itu akan mengiringi arwah. aku sangat rindukan atuk.



1 thing for sure.  a person never really die as long as u love him.

0 comments: