Friday, March 9, 2012

kebenaran & aib manusia

kebenaran mesti dibuka.



aib mesti ditutup. 




namun bagaimana jika sesuatu kebenaran berkait rapat dengan aib seseorang?

pada saat ini, hikmah sangat diperlukan untuk memperbetulkan kesalahan orang lain tanpa menjatuhkan air mukanya.

suatu hari, Sayidina Umar bin al-Khattab memimpin solat berjemaah di masjid. Tiba-tiba beliau tercium bau busuk yang datang daripada seorang makmum yang buang angin.

setelah menyelesaikan solatnya, Umar segera berkata: 
"aku menggesa orang yang telah buang angin tadi untuk berwuduk & mengulang kembali solatnya. "

Namun, tiada sesiapa yang bangun melaksanakan perintah ini. Umar mengulanginya berkali-kali, namun tetap tiada siapa yang bangkit. tentu sahaja, tidak ada siapa yang bersedia memalukan dirinya di hadapan orang ramai.

melihat perkara ini, Jarir bin Hazim yang waktu itu berada bersama Umar berkata:
"wahai Amirul Mukminin, janganlah anda perintahkan dia seorang. perintahkanlah kami semua. mari kita wuduk bersama-sama lalu mengulangi solat kita. maka solat ini bagi kita dikira sunat, namun bagi orang itu dikira wajib."

cadangan itu amat bijaksana. ia dapat mencapai tujuannya di samping menjaga air muka orang tersebut. Umar segera berkata:
"semoga Allah merahmatimu. sungguh, engkau pemimpin yang sangat baik pada masa jahiliah & dalam Islam. aku perintahkan diriku & anda semua untuk mengulangi wuduk & solat semula."

kisah ini terdapat dalam beberapa kita sejarah antaranya Tarikh Dimashq  dan al-Bidayah wa al-Nihayah.

sumber :majalah SOLUSI isu no. 39

kesimpulannya, tegurlah secara berhikmah. jangan sampai orang yang kita tegur itu jauh hati dengan kita. 

0 comments: