Sunday, November 7, 2010

missing him






malam tadi aku mimpi arwah atok. mimpi tu pelik, arwah idop balik. n dia dah tak perlukan tongkat atau wheelchair untuk gerak. bila bangun, aku rasa pelik n fikir ni mesti mainan satan. pastu, aku call ibu. aku cerita mimpi tu. ibu kata mungkin betul la. sebab sakit yg atok rasa time hidup ni dah habis dah. bila meninggal, dah tak ada lagi sakit tu. sedih.



aku rindu atok sebenarnya. aku tak dapat chance untuk tengok atok for d last time pon before arwah dikebumikan. aku tak dapat cium atok pOn for d last time before arwah dikapankan. ibu cakap lagi, setiap kali kat rumah nenek, bila lalu bilik atok je, ibu boleh hidu bau atok. ibu dah start sebak time ni. cerita pasal tahlil. dah buat untuk 3 hari. pasni, ibu n adik beradik buat sendiri2 la. cumanya, bila khamis malam, akan mintak masjid buatkan sekali untuk arwah. cos time tu, memang ada bacaan tahlil utk sapa2 yg dah arwah. ibu pesan lagi, setiap kali pOn, doakan la untuk arwah. sedekah alfatihah ke.



pastu, setiap malam, esp bila hujan, aku akan sedih. sedih bila pikir keadaan arwah masa tu. kesejukan kah dia. kegelapan kah dia. aku cuma boleh doa moga kubur arwah diterangi cahaya dan aku harap apa yg kami semua dah sedekahkan setakat ni sampai kat arwah. n sebab tu jugak, aku berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri cos doa anak yang soleh itu akan mengiringi arwah. aku sangat rindukan atuk.



1 thing for sure.  a person never really die as long as u love him.

Thursday, November 4, 2010

a tribute to atok

innalillah. atok pergi untuk selamanya pagi ni, 4nov2010 @9.15am. setiap yg hidup pasti akan menemui ajal. aku kena reda even aku tak dapat balik untuk tengok atok for the last time. sedih. tu sudah tentu. aku baru je plan untuk lawat atok kat hosp raya haji ni. mujur aku sempat jengok atok 2kali mase beliau terlantar. 1st, @ KPJ seremban. 2nd, @ Hosp Serdang. Kalau dulu apa yg aku ingat, atok rajin belikan aku jajan. aku ingat lagi, dengan basikal tua tu, atok pergi kedai beli. sekarang bila dah besar, atok rajin suruh cucu2 dia beli sarapan dan atok sure mintak nasi lemak. pastu, atok tiap2 pagi dia minum air susu pekat manis. dia tak minum susu tepung. atok ada termos sendiri. so, bila2 masa dia nak buat air, guna air dr termos tu la. atok da lama pakai wheelchair. dari thun '02 lepas balik dari buat haji kalau tak silap. aku tak sure apa reasonnya, tapi sebab lutut laa. time ni, aku baru 12thun. soo, tak berapa nak faham sangat. pastu, aku selalu perlukan nenek untuk translate apa yang atok cakap sebab aku tak paham. bahasa minang atok advanced. aku beginner je. aku ingat lagi time aku tolong urut kaki atok yang kecik due to muscle atrophy tu, masa tu atok senyum je. masa ni aku rajin. sampai kepala atok aku tolong picit.  pastu, kalau tgok tv, atok akan tekan 777. nnt, channel bola akan keluar. atok memang suka tengok bola. time tu nanti, kitorang cucu2 cabot la buat benda lain. sebab selalunya bola tu bukan live pon.  jadi tak minat la nak tengok.  those are sweet memories that will never be forgotten about atok. aku sedang cuba untuk kumpulkan segala kenangan dgn atok. akan aku simpan kenangan tu baik2. sebab sepanjang idop ni, aku cume dapat jumpa dgn atok yg sorg ni je. he is da only 1.  lastly, jenazah beliau akan dikebumikan lepas zohor. moga dipermudahkan soal jawab. moga aman di dunia baru.
al-fatihah.