Wednesday, March 30, 2011

islam hanya dalam I/C

aku bukan ustazah.
bukan juga golongan yang pakai tudung labuh.
aku cuma seorang muslim. 
yang cuba untuk memperbaiki diri. 

pelik. 
kenapa golongan muslimat yang terang2 tahu hukum, masih lagi tidak menutup aurat.
masih lagi free hair.
masih lagi pakai baju adik.
masih lagi pakai seluar pendek.
menampakkan apa yang sepatutnya hanya ditayangkan
untuk SUAMI.
  
alasan yang diberi, "we want freedom".
apa dia freedom bagi anda?
kebebasan melakukan apa2 sahaja yang diingini?
freedom kah apabila semua mata dapat melihat,
merenung aset anda?
feedom kah apabila adam boleh berfantasi dengan diri anda?

anda kata, "dont judge a book by its cover".
"yang pakai tudung pun ada yang teruk".
apabila anda terdedah sana sini.
masih ada lagikah akhlak anda kepada Pencipta?
masih lagi gentarkah anda dengan hukum Tuhan?
begitu berani anda melawan perintah Allah secara terang-terangan.

anda kata,"parents kami tak kesah pon."
kalaupun mereka tidak menegur,
anda yang sudah tahu hukum,
tidak kasihan kah dengan parents anda?
yang terpaksa menanggung dosa anda selagi anda belum berkahwin.
lupakah kita pada segala pengorbanan mereka.
adakah anda mahu heret mereka sama ke dalam neraka?

tidakkah anda tahu mati itu makin hampir?
ingatlah, tiada siapa yang immortal.



Friday, March 25, 2011

islam sebenar harus kita kembali

Tuesday, March 22, 2011

berusaha utk suka

wahai diri,
yakinlah dengan kemampuan diri,
percayalah,
kau mampu teruskan perjuangan dalam MD,
walau kini,
kau bukan lagi pelajar cemerlang,
tapi,
ketahuilah,
kau juga mampu untuk tamatkan pengajian ini,
walau course ini bukanlah minat kau yang utama,
walau kau ada banyak lagi cita2,
ketahuilah,
ini semua rencana Allah,
yang Maha Mengetahui,
apa yg terbaik utk hamba2Nya,
cuma 1 yg ku pinta,
berusahalah utk suka,
apa yang sudah ada di depan mata.....



Friday, March 11, 2011

mati

Mati itu pasti. semua orang akan merasainya. kita berasal daripada tanah. dan kita juga akan dikebumikan 7kaki dalam tanah. teringat cerita seorang rakan tentang tanah..

Atas arahan ALLAH s.w.t, Malaikat turun ke Bumi untuk ambil sedikit tanah.
Disebabkan tahu manusia bakal membuat kerosakan, Bumi pada mulanya enggan memberi sedikit daripada dirinya.
Namun, kerana arahan itu adalah arahan Penguasa seluruh alam, Bumi pun bersetuju.
Tetapi ia telah berjanji,

"Sekiranya manusia ketika hidupnya, beramal soleh, pasti kuburnya menjadi luas. Namun, sekiranya manusia ketika hidupnya, sering melakukan kemungkaran, nescaya aku akan himpitnya sehingga berselisisih tulang rusuk."