Friday, March 11, 2011

mati

Mati itu pasti. semua orang akan merasainya. kita berasal daripada tanah. dan kita juga akan dikebumikan 7kaki dalam tanah. teringat cerita seorang rakan tentang tanah..

Atas arahan ALLAH s.w.t, Malaikat turun ke Bumi untuk ambil sedikit tanah.
Disebabkan tahu manusia bakal membuat kerosakan, Bumi pada mulanya enggan memberi sedikit daripada dirinya.
Namun, kerana arahan itu adalah arahan Penguasa seluruh alam, Bumi pun bersetuju.
Tetapi ia telah berjanji,

"Sekiranya manusia ketika hidupnya, beramal soleh, pasti kuburnya menjadi luas. Namun, sekiranya manusia ketika hidupnya, sering melakukan kemungkaran, nescaya aku akan himpitnya sehingga berselisisih tulang rusuk."

0 comments: