Sunday, August 7, 2011

aku suka kelantan



tajuk macam kontroversi je kan. 
spesifiknya, aku suka belajar di usm kubang kerian, kelantan. kenapa??



sebab suasana islam yg ada di kampus. memang banyak student yg bertudung labuh, memakai handsocks & socks. 1st time, aku nampak student pakai pakaian yg dipakai (baju kurung & tudung labuh), bukannya telekung semasa solat di surau. ok. reason yg aku bagi agak kuno. memang, ini 1st time aku nampak orang yg lebih kurang aku je umur, solat camtu. kalau makcik2, aku tak heran sangat.

kalau nak tahu, apa2 event yg diadakan, perfomance2 yg dibuat sangat diambil berat. tak boleh tidak, mesti ikut garis panduan islam (aku maksudkan utk event2 berkaitan islam je, event2 nonmuslim tu, lantak depa la kan). serius, memang strict habis la. kaum muslimat hanya akan perform utk event2 yg ditonton oleh muslimat sahaja.


OK. kembali kepada cara pemakaian.
start akhir 1st year, aku berjinak2 pakai baju labuh. actually, aku dah start pakai awal lagi. cuma, baju2 labuh aku tu ketat. biasa la kan, jiwa muda. aku mula faham konsep aurat yg sebenar. aku mula betul2 faham konsep berpakaian tetapi telanjang. start dari tu, aku start pakai pakaian longgar2 sikit. kalau aku pakai seluar ketat, aku match kan dengan baju labuh. kalau aku pakai baju singkat( tp longgar), aku match kan dengan seluar longgar. 
aku dah tak pakai lagi baju2 sarung nangka tu keluar rumah. nak pakai kat rumah pon fikir banyak kali. segan ok. adik aku dua2 lelaki. 


aku start pakai inner tudung lepas tahu yg pemakaian tudung aku jauh dari sempurna. memang aku labuhkan sampai tutup dada. tapi, bayang leher aku masih lagi nampak. to make it worse, rambut2 yg terkeluar dari serkup pon boleh nampak. ciss. sia2 je lah pakai tudung kalau orang boleh nampak lagi rambut kita. 

start awal 2nd year, baru aku berani nak pakai inner tudung tu bila kat rumah. ye lah, pelik ok pakai berlapis-lapis. segan kalau orang pandang macam pelik je. aku pon fikir pelik je mula2 aku tengok orang pakai inner ni. 


start hujung 2nd year ni, aku start pakai socks. dah lama tahu kaki tu aurat, cuma aku jahil. aku fikir kaki tu minor je, tak apa kalau nampak. sedangkan aurat waktu solat sama je dengan aurat dengan ajnabi. aku nekad, kena pakai socks. sebab dah tahu & dah faham. 

aku start pakai tudung time hujung darjah lima. dah 10 tahun. masih lagi, aurat aku belum tertutup dengan sempurna. masih lagi, pakaian aku belum membolehkan aku untuk bersolat dengan hanya memakainya. aku masih belum mampu pakai handsocks. masih belum mampu melabuhkan tudung aku hingga tutup punggung. masih belum mampu. pemakaian aku, jujurnya, far from perfect.

sekarang, aku semakin respect dengan kawan2 yg berjaya menutup aurat dengan sempurna. dan entah bila, aku mampu ikut jejak langkah mereka.