Friday, July 29, 2011

AMALAN TERTOLAK KERANA MAZMUMAH

Allah menciptakan 7 malaikat sebelum menciptakan langit & bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka utk menjaga pintu2 langit.


Pada setiap pintu itu, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka utk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima & dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.


Pintu langit pertama
Malaikat membawa amalan seorang hamba yg mempunyai nur seperti cahaya matahari.
Berkata malaikat penjaga pintu langit : ’pukullah amalan ini ke muka orang yg mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yg mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya.’


Pintu langit Kedua
Selepas berjaya melaui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yg dilihat baik & banyak.
Kata malaikat penjga langit : ’berhenti kamu & pukul amalan ini ke muka orang yg mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia. ’


Pintu langit ketiga
Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat & puasa. Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama & kedua. Tetapi di tahan di langit ketiga.
Malaikat berkata : ’Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yg takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai.’


Pintu langit keempat
Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji & umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat.
Berkata malaikat penjaga langit : ’Allah memerintahkan supaya amalan orang yg ujub tidah boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.’


Pintu langit kelima
Amalan yg dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit : ’Berhenti & buangkan amalan ini pada muka orang yg mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yg belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.’


Pintu langit keenam
Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad & puasa yg bercahaya seperti bulan purnama.
Lalu berkata malaikat penjaga langit : ’Pukullah amalan ini kepada orang yg mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambanya yg menghadapi kesusahan.’


Pintu langit ketujuh
Berkata malaikat Sum’ah : ’Aku akan menghalang amalan orang yg riak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut.’


Ketika bertemu Allah
Kemudian, naik malaikat yg membawa amalan seorang hamba yg berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri & berzikir. Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan & sampai kepada Allah.
Ketika itu, Allah berfirman yg bermaksud : ’Kamu adalah yg bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu, tetapi tidak boleh menipu Aku.’


sumber :SOLUSI isu no 32