Sunday, May 15, 2011

rumah usang

rumah kayu yg usang,
tanpa cat,
dengan lantai yg lopong,
atap yg bocor,
rupa-rupanya dihuni oleh seorang atok,
yg usianya sudah  lebih 90 tahun.

atok itu,
mengingatkan aku pd allahyarham atok,
cuma yg membezakan,
arwah bergerak menggunakan wheelchair pd usia itu,
sedangkan atok itu,
masih mampu brjalan,
tanpa sebarang bantuan.

atok itu,
pendengarannya makin trjejas,
untuk bercakap dengannya,
perlu suara yg kuat,
mulut perlu dibuka luas2,
sama seperti arwah.

atok itu,
tinggal berseorangan,
walau diajak tinggal bersama oleh anak2,
die tetap enggan.
tentu sahaja,
rumah usang itu,
punya banyak nostalgia,
yg tak terhitung nilainya.

atok itu,
makan di rumah anaknya,
tp tetap sahaja mahu tidur di rumah usang itu,
dengan hanya beralaskan tilam nipis,
tanpa katil.
tanpa bilik.

atok itu,
menyedarkan aku,
tentang 1 masa yg pasti,
untuk aku berseorangan,
ulat, cacing sebagai peneman.

cuma aku berharap,
di hujung usiaku nanti,
aku masih ada keluarga,
di sisiku.