Friday, February 17, 2012

mampukah??



mula2 tengok gambar ni, memang tergelak. 
pastu, bila tengok balik, ada maksud tersirat la pulak.

hmmmmmmm...
apa yg aku faham mesej dalam gambar ni ialah keberanian utk menegur perkara yang salah. 
selamba je si oren tu lalu tengah2 couple tu. tak pasal2 dah terbantut kemesraan. 

cer bayangkan. 
tengah sedap2 duduk tunggu bas. tiba2 ada couple bermesra-mesraan depan kita. belai2. pegang2. lagi dahsyat, cium2.  
agak2 berani tak nak tegur, "maaf ye sedare, sedari. ni tempat awam. tak manis..."

kalau aku la kan. aku akan jerit 'arghhhh!!! ma eyes!' pastu, kutuk2 couple tu. tapi dalam hati je la. hehe. kalau tegur depan2 nanti, aku takut, aku yg kena maki balik. utk selamat, diamkan diri, buat bodoh & pejamkan mata. 

bak kata orang sekarang, jangan jaga tepi kain orang. kadang2 terfikir gak, kalau tak jaga tepi kain orang, rosaklah anak bangsa. bukanke orang dulu2 kaya dengan adab sopan sebab jaga tepi kain?? jiran A ambil tau pasal jiran B, jiran B ambil peduli pasal jiran C. kalau anak jiran B buat perangai, jiran A mesti terus report kat jiran B. anak balik rumah je, siap la kena balun. kesannya, tak ada siapa berani buat perangai.

cer bace hadis ni: 


Dari Abu Sa’id Al Khudry r.a berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, makan hendaklan ia merubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah.”  (HR Muslim no.49)


bab mencegah dengan hati pon, masih banyak yg belum mampu.



SILA MUHASABAH DIRI.