Friday, March 9, 2012

kebenaran & aib manusia

kebenaran mesti dibuka.



aib mesti ditutup. 




namun bagaimana jika sesuatu kebenaran berkait rapat dengan aib seseorang?

pada saat ini, hikmah sangat diperlukan untuk memperbetulkan kesalahan orang lain tanpa menjatuhkan air mukanya.

suatu hari, Sayidina Umar bin al-Khattab memimpin solat berjemaah di masjid. Tiba-tiba beliau tercium bau busuk yang datang daripada seorang makmum yang buang angin.

setelah menyelesaikan solatnya, Umar segera berkata: 
"aku menggesa orang yang telah buang angin tadi untuk berwuduk & mengulang kembali solatnya. "

Namun, tiada sesiapa yang bangun melaksanakan perintah ini. Umar mengulanginya berkali-kali, namun tetap tiada siapa yang bangkit. tentu sahaja, tidak ada siapa yang bersedia memalukan dirinya di hadapan orang ramai.

melihat perkara ini, Jarir bin Hazim yang waktu itu berada bersama Umar berkata:
"wahai Amirul Mukminin, janganlah anda perintahkan dia seorang. perintahkanlah kami semua. mari kita wuduk bersama-sama lalu mengulangi solat kita. maka solat ini bagi kita dikira sunat, namun bagi orang itu dikira wajib."

cadangan itu amat bijaksana. ia dapat mencapai tujuannya di samping menjaga air muka orang tersebut. Umar segera berkata:
"semoga Allah merahmatimu. sungguh, engkau pemimpin yang sangat baik pada masa jahiliah & dalam Islam. aku perintahkan diriku & anda semua untuk mengulangi wuduk & solat semula."

kisah ini terdapat dalam beberapa kita sejarah antaranya Tarikh Dimashq  dan al-Bidayah wa al-Nihayah.

sumber :majalah SOLUSI isu no. 39

kesimpulannya, tegurlah secara berhikmah. jangan sampai orang yang kita tegur itu jauh hati dengan kita. 

Tuesday, March 6, 2012

herbalife


yes! rejim diet aku akan bermula esok. moga usaha aku membuahkan hasil. masih perlu jog weekend ye, cik nab.  



Sarapan

1. 400ml air kosong (panas,sejuk,atau suhu bilik) + 1 sudu kecil Tea Mix
2. 400ml air kosong (sejuk atau suhu bilik. Panas TAK BOLEH) + 2 sudu besar (membukit) Formula 1 


Makan Tengahari

Makanan warna-warni biasa. Amalkan pemakanan seimbang. (Bihun, mee goreng, biskut, kuih2, kerepek, roti, dan pelbagai karbohidrat tinggi tidak boleh. Lebihkan pengambilan lauk)
Tea Mix, bancuh mengikut kegemaran anda


Makan Malam

1. 400ml air kosong (panas,sejuk,atau suhu bilik) + 1 sudu kecil Tea Mix
2. 400ml air kosong (sejuk atau suhu bilik. Panas TAK BOLEH) + 2 sudu besar (membukit) Formula 1 


Notis:
* ukuran sudu hanya menggunakan sudu Herbalife yang diberi oleh coach.
* makan tengahari dan makan malam boleh ditukarkan mengikut kesesuaian pengguna.

Pengguna perlu minum 3Liter air sehari MINIMUM.





SILA DISIPLINKAN DIRI ANDA. SEMOGA BERJAYA!

Saturday, March 3, 2012

aku & kawan

kawan : biha, kalau la kau ada minat sorang ni, apa kau buat??
aku : aku takkan bagitau dia.
kawan : kenapa tak nak bagitau je? peluang bukan datang selalu. 
aku : sebab aku bukan siti khadijah. 

kenapa aku cakap aku bukan siti khadijah?? beliau cantik, kaya, penuh budi pekerti. takkan ada lelaki yang akan tolak pinangan beliau. tapi aku?? 

kalau aku bagitau perasaan aku, ada 2 kemungkinan : (1)dia terima (2)dia reject
kalau la jawapan dia yg no.1, alhamdulillah. 
tapi kalau dia jawab no.2, mana nak letak muka?? macam mana aku nak berdepan dengan dia?? lagi teruk, mungkin terus tak kawan dah sebab malu yang teramat bila kena reject.  

jadi, aku boleh simpulkan, kalau pun aku ada perasaan kat sesiapa, aku akan suppress perasaan tu. jadi nanti, kalau dia dah ada gf atau dah kahwin, tak ada la aku rasa sedih kan. 

aku takkan cakap sampai bila-bila. 











Friday, February 17, 2012

mampukah??



mula2 tengok gambar ni, memang tergelak. 
pastu, bila tengok balik, ada maksud tersirat la pulak.

hmmmmmmm...
apa yg aku faham mesej dalam gambar ni ialah keberanian utk menegur perkara yang salah. 
selamba je si oren tu lalu tengah2 couple tu. tak pasal2 dah terbantut kemesraan. 

cer bayangkan. 
tengah sedap2 duduk tunggu bas. tiba2 ada couple bermesra-mesraan depan kita. belai2. pegang2. lagi dahsyat, cium2.  
agak2 berani tak nak tegur, "maaf ye sedare, sedari. ni tempat awam. tak manis..."

kalau aku la kan. aku akan jerit 'arghhhh!!! ma eyes!' pastu, kutuk2 couple tu. tapi dalam hati je la. hehe. kalau tegur depan2 nanti, aku takut, aku yg kena maki balik. utk selamat, diamkan diri, buat bodoh & pejamkan mata. 

bak kata orang sekarang, jangan jaga tepi kain orang. kadang2 terfikir gak, kalau tak jaga tepi kain orang, rosaklah anak bangsa. bukanke orang dulu2 kaya dengan adab sopan sebab jaga tepi kain?? jiran A ambil tau pasal jiran B, jiran B ambil peduli pasal jiran C. kalau anak jiran B buat perangai, jiran A mesti terus report kat jiran B. anak balik rumah je, siap la kena balun. kesannya, tak ada siapa berani buat perangai.

cer bace hadis ni: 


Dari Abu Sa’id Al Khudry r.a berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, makan hendaklan ia merubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah.”  (HR Muslim no.49)


bab mencegah dengan hati pon, masih banyak yg belum mampu.



SILA MUHASABAH DIRI.




Wednesday, January 18, 2012

pre-cny break

dah 2 minggu masuk psychiatry block. block yg seronok. dan, of course, tak seberat cns block. yeah! 




moga stigma aku terhadap pesakit schizophrenia, bipolar etc (layman term : orang gila) akan berubah. aku harap perasaan takut terhadap diorang akan semakin berkurang.


btw, aku kagum dgn pesakit2 mental ni sebab diorang masih ingat pada Pencipta. kita yg sihat ni belum tentu lagi ingat Tuhan...
_____________________________________




yes! baucer dah dapat. sekarang tengah tak tau nak beli buku apa. buku utk 3rd year semua dah ada. buku utk 4th year, tak nak beli awal2. tunggu naik 4th year dulu laa. haritu, aku ada nampak novel ni, the last song. author: nicholas sparks. ingat nak beli. sebab tengok movie, best. tapi, rasa bersalah pulak kat PM sebab baucer ni macam lagi sesuai utk beli keperluan pelajaran. 


ceh.. boleh pulak terfikir pasal Najib & jentera beliau. 
ya,saya mmg rakyat yg baik.(sambil pegang bahu, mata pandang atas)  







Thursday, January 5, 2012

exhausted

hari yg sangat memenatkan. almaklumlah ada OSCE remedial. dah lah kena repeat 2 paper. 1st paper tadi 10.30am, thyroid examination. doktor perempuan. honestly, aku gelabah sikit tadi sebab aku tak nampak air. sedangkan utk inspection component, ada part suruh patient minum air. so, aku just explain kat doctor apa positive finding yg boleh dapat masa patient minum air. then, aku tak bawak tendon hammer. dah la nak kena guna utk tengok hyper/hypo reflexia. jadi, terpaksalah aku cakap kat doctor, "i'm sorry, i don't bring my tendon hammer." then, again, aku just explain positive finding. 



overall, ok. cuma, ada part yg aku tertinggal. palpation component, sepatutnya tengok sama ada, mass(assume ada je. selalunya dapat patient normal, baru selanjar kan..) attach to skin or not.


next stesyen. general examination. 


yg ni lagi satu, aku lupa langsung, kena hadirkan diri 11.30am. so, apa lagi. aku pon datang 12pm. budak2 yg dalam group aku dah masuk dulu. apa lagi, kena basuh la dengan doctor-in-charge. dah la dua doctor tu yg memang aku kagum habis, sorang doctor A&E, sorang lagi ortho. amik kau! kan dah kena. tak apa la kan, dah memang aku yg cuai. 


nasib aku baik sebab ada lagi 2 orang lagi budak group aku, pon sama terlambat. tak ada la aku terasa bersalah sangat. akhirnya, kitorang pon jadi orang terakhir laa. elok2 dapat turn awal, terpaksa tunggu lagi 2 group. tak apa laa kan. sempat aku revise dengan kawan sorang nih. hafal2 apa yg patut. ingat step semua.


then, examiner aku doctor lelaki. doctor ni pon baik je. senyum je memanjang (dah la hensem..). yg ni, aku awal sikit habis. cuma tadi la, doctor ada tanya, "what causes clubbing?". aku pon jawab laa. tapi ada 1 tu aku tak teringat pronouncation, infective endocarditis. aku pi cakap kat doctor infective pericarditis. nasib baik doctor betulkan. ngeng betol. 




1 lagi, time examine patient nih, ada air kat meja katil dia. baru laa aku tahu, ada je air disediakan utk thyroid examination, cuma tak cukup.


overall, ok. repeat exam isn't bad. boleh mantapkan skill & knowledge.








Tuesday, December 20, 2011

buku


mula2 sekali, aku nak mintak maaf dekat en lindsay et al sebab beli buku fotostat kamu. aku tengah jimat sekarang ni. itulah sebab aku beli yg fotostat punya. jangan marah ye..

dua buku ni aku baru je beli. buku color biru tu, harganya rm120. mind you, ini buku nervous system 1st yg aku beli. itu yg semangat beli buku ori. hehe.

buku oren tu pulak, harga rm45. kalau yg ori, rm85. aku suka buku ni sebab ada banyak gambar. banyak membantu utk buat physical examination (PE). kalau buku talley memang la ada gambar tapi, tak sebanyak buku ni. banyak kena imagine sendiri.

so, total harga ialah rm165. sebaik la next year, kerajaan baik hati nak bagi baucer buku rm200 utk pelajar IPTA etc. lepas la jugak 2 buku. still, kalau beli 2 buku ori, masih tak lepas baucer tu. apa2 hal pun, terima kasih kerajaan! 


boleh tahan tebal kan buku2 ni. tebal tiap 1 macam kompilasi buku biology form4 & form5. cuma yg ni, belajar utk 5minggu je. then tutup buku dan belajar new block. buku2 ni akan tetap digunakan sampai final year & alam pekerjaan (yg ni aku tak pasti, ada masa ke tak nak revise lagi..).

konklusinya, gambate!!