Wednesday, February 16, 2011

THE BEST LISTENER OF ALL

alhamdulillah.
puas aku cari semalam kaedah mengawal marah.
finally,
aku jumpa 1 cara yg aku tak pernah terfikir pon sebelum ni.
thanks to fuadlatip.com.


caranya:


bila kita rasa marah, mengadu la pada ALLAH, berkata-kata lah denganNya,
cth: " Ya Allah, aku geram betol la kat die ni. ikutkan hati, nak je aku laser."
then,
kita akan rasa beransur-ansur lega.
sebab,
sebenarnya apabila kita mengadu pada Allah,
Allah berikan kita kekuatan untuk melawan amarah,
Lantas  disuntikkkanNya dalam diri sifat sabar.
N we feel relieve afterwards without hurting anyone.


So,
rajin-rajinkan diri untuk  
BERBUAL-BUAL dengan Allah.
BERCERITA lah padanya tentang apa yang kita telah, sedang, & akan buat.
BERITAHU Dia apa yang kita rasa, apa yang kita mahu.


Memang Allah Maha Mengetahui. Tetapi, dengan cara ini sebenarnya dapat membuatkan diri kita semakin rapat denganNya. Semakin rapat bereti semakin tinggi kesedaran bahawa diri ini hanya hamba.


Semoga kecintaan kita kepadaNya makin bertambah!


credit to fuadlatip.com.

Tuesday, February 15, 2011

MARAH!

marah. 1 penyakit jiwa yang kalau tidak dikawal, buruk padahnya. semua orang mesti pernah terlepas 'MARAH'. mesti pernah melenting. 


tapi, ada ke orang yang pernah marah unknown person??


aku pernah. twice. bila dipikir balik, menyesal. aku akui hampir tiap hari aku dihantui dengan igauan dosa yang 1 ini.


mungkin sebab rasa ego dalam diri. dengan status aku sebagai student U, critical course lagi, membuatkan aku rasa diri aku bagus. aku pandang rendah orang yang kerja dekat kaunter. pandang sebelah mata.


sekarang, aku sedar. menyesal sangat. betapa hinanya diri ini menganggap diri begitu istimewa sedangkan darjat seseorang itu sama sahaja di sisi Pencipta. cuma yang membezakan adalah TAQWA. 


kalau dosa itu kepada Allah, bertaubatlah. nescaya akan diampunkanNya. Allah kan Maha Pengampun.


tapi, dosa kepada manusia. perlu langsaikan dengan tuan punya badan sendiri. masalahnya, how could i find them??


Aku takut aku perlu mencari mereka di akhirat kelak. Dan aku tahu, kalaupun aku jumpa mereka di dunia ini, aku tidak cukup kuat untuk mengakui dosa2 tersebut.


Ya Allah, maafkan aku. Aku tidak mampu kawal diriku sendiri. aku tidak mampu kawal emosi. Aku ini hanya hambaMu yang lemah. Berilah kekuatan kepadaKu Tuhan, untuk tidak lagi mengulangi dosa tersebut. Bantulah aku Ya Rabbi.


Cuma 1 yang aku harapkan, Ya Allah, lembutkan hati mereka untuk memaafkan aku.



Monday, January 3, 2011

BORING!BOSAN!

"Boring la hidup ni!"


Itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.


Seorang yang berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Pada masa yang sama, juga sibuk mengumpulkan saham2 akhirat.Dunia & akhirat disepadukan.


Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia.


Ingatlah firman Allah yang bermaksud "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surah al-Dhariyat 51:36)


"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."(Surah al-Baqarah 2:30)


Dua misi inilah yang akan menjadikan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.


Wallahu a'lam.


(dipetik dari majalah SOLUSI Isu No.26)

Sunday, November 7, 2010

missing him






malam tadi aku mimpi arwah atok. mimpi tu pelik, arwah idop balik. n dia dah tak perlukan tongkat atau wheelchair untuk gerak. bila bangun, aku rasa pelik n fikir ni mesti mainan satan. pastu, aku call ibu. aku cerita mimpi tu. ibu kata mungkin betul la. sebab sakit yg atok rasa time hidup ni dah habis dah. bila meninggal, dah tak ada lagi sakit tu. sedih.



aku rindu atok sebenarnya. aku tak dapat chance untuk tengok atok for d last time pon before arwah dikebumikan. aku tak dapat cium atok pOn for d last time before arwah dikapankan. ibu cakap lagi, setiap kali kat rumah nenek, bila lalu bilik atok je, ibu boleh hidu bau atok. ibu dah start sebak time ni. cerita pasal tahlil. dah buat untuk 3 hari. pasni, ibu n adik beradik buat sendiri2 la. cumanya, bila khamis malam, akan mintak masjid buatkan sekali untuk arwah. cos time tu, memang ada bacaan tahlil utk sapa2 yg dah arwah. ibu pesan lagi, setiap kali pOn, doakan la untuk arwah. sedekah alfatihah ke.



pastu, setiap malam, esp bila hujan, aku akan sedih. sedih bila pikir keadaan arwah masa tu. kesejukan kah dia. kegelapan kah dia. aku cuma boleh doa moga kubur arwah diterangi cahaya dan aku harap apa yg kami semua dah sedekahkan setakat ni sampai kat arwah. n sebab tu jugak, aku berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri cos doa anak yang soleh itu akan mengiringi arwah. aku sangat rindukan atuk.



1 thing for sure.  a person never really die as long as u love him.

Thursday, November 4, 2010

a tribute to atok

innalillah. atok pergi untuk selamanya pagi ni, 4nov2010 @9.15am. setiap yg hidup pasti akan menemui ajal. aku kena reda even aku tak dapat balik untuk tengok atok for the last time. sedih. tu sudah tentu. aku baru je plan untuk lawat atok kat hosp raya haji ni. mujur aku sempat jengok atok 2kali mase beliau terlantar. 1st, @ KPJ seremban. 2nd, @ Hosp Serdang. Kalau dulu apa yg aku ingat, atok rajin belikan aku jajan. aku ingat lagi, dengan basikal tua tu, atok pergi kedai beli. sekarang bila dah besar, atok rajin suruh cucu2 dia beli sarapan dan atok sure mintak nasi lemak. pastu, atok tiap2 pagi dia minum air susu pekat manis. dia tak minum susu tepung. atok ada termos sendiri. so, bila2 masa dia nak buat air, guna air dr termos tu la. atok da lama pakai wheelchair. dari thun '02 lepas balik dari buat haji kalau tak silap. aku tak sure apa reasonnya, tapi sebab lutut laa. time ni, aku baru 12thun. soo, tak berapa nak faham sangat. pastu, aku selalu perlukan nenek untuk translate apa yang atok cakap sebab aku tak paham. bahasa minang atok advanced. aku beginner je. aku ingat lagi time aku tolong urut kaki atok yang kecik due to muscle atrophy tu, masa tu atok senyum je. masa ni aku rajin. sampai kepala atok aku tolong picit.  pastu, kalau tgok tv, atok akan tekan 777. nnt, channel bola akan keluar. atok memang suka tengok bola. time tu nanti, kitorang cucu2 cabot la buat benda lain. sebab selalunya bola tu bukan live pon.  jadi tak minat la nak tengok.  those are sweet memories that will never be forgotten about atok. aku sedang cuba untuk kumpulkan segala kenangan dgn atok. akan aku simpan kenangan tu baik2. sebab sepanjang idop ni, aku cume dapat jumpa dgn atok yg sorg ni je. he is da only 1.  lastly, jenazah beliau akan dikebumikan lepas zohor. moga dipermudahkan soal jawab. moga aman di dunia baru.
al-fatihah.