Wednesday, January 18, 2012

pre-cny break

dah 2 minggu masuk psychiatry block. block yg seronok. dan, of course, tak seberat cns block. yeah! 




moga stigma aku terhadap pesakit schizophrenia, bipolar etc (layman term : orang gila) akan berubah. aku harap perasaan takut terhadap diorang akan semakin berkurang.


btw, aku kagum dgn pesakit2 mental ni sebab diorang masih ingat pada Pencipta. kita yg sihat ni belum tentu lagi ingat Tuhan...
_____________________________________




yes! baucer dah dapat. sekarang tengah tak tau nak beli buku apa. buku utk 3rd year semua dah ada. buku utk 4th year, tak nak beli awal2. tunggu naik 4th year dulu laa. haritu, aku ada nampak novel ni, the last song. author: nicholas sparks. ingat nak beli. sebab tengok movie, best. tapi, rasa bersalah pulak kat PM sebab baucer ni macam lagi sesuai utk beli keperluan pelajaran. 


ceh.. boleh pulak terfikir pasal Najib & jentera beliau. 
ya,saya mmg rakyat yg baik.(sambil pegang bahu, mata pandang atas)  







Thursday, January 5, 2012

exhausted

hari yg sangat memenatkan. almaklumlah ada OSCE remedial. dah lah kena repeat 2 paper. 1st paper tadi 10.30am, thyroid examination. doktor perempuan. honestly, aku gelabah sikit tadi sebab aku tak nampak air. sedangkan utk inspection component, ada part suruh patient minum air. so, aku just explain kat doctor apa positive finding yg boleh dapat masa patient minum air. then, aku tak bawak tendon hammer. dah la nak kena guna utk tengok hyper/hypo reflexia. jadi, terpaksalah aku cakap kat doctor, "i'm sorry, i don't bring my tendon hammer." then, again, aku just explain positive finding. 



overall, ok. cuma, ada part yg aku tertinggal. palpation component, sepatutnya tengok sama ada, mass(assume ada je. selalunya dapat patient normal, baru selanjar kan..) attach to skin or not.


next stesyen. general examination. 


yg ni lagi satu, aku lupa langsung, kena hadirkan diri 11.30am. so, apa lagi. aku pon datang 12pm. budak2 yg dalam group aku dah masuk dulu. apa lagi, kena basuh la dengan doctor-in-charge. dah la dua doctor tu yg memang aku kagum habis, sorang doctor A&E, sorang lagi ortho. amik kau! kan dah kena. tak apa la kan, dah memang aku yg cuai. 


nasib aku baik sebab ada lagi 2 orang lagi budak group aku, pon sama terlambat. tak ada la aku terasa bersalah sangat. akhirnya, kitorang pon jadi orang terakhir laa. elok2 dapat turn awal, terpaksa tunggu lagi 2 group. tak apa laa kan. sempat aku revise dengan kawan sorang nih. hafal2 apa yg patut. ingat step semua.


then, examiner aku doctor lelaki. doctor ni pon baik je. senyum je memanjang (dah la hensem..). yg ni, aku awal sikit habis. cuma tadi la, doctor ada tanya, "what causes clubbing?". aku pon jawab laa. tapi ada 1 tu aku tak teringat pronouncation, infective endocarditis. aku pi cakap kat doctor infective pericarditis. nasib baik doctor betulkan. ngeng betol. 




1 lagi, time examine patient nih, ada air kat meja katil dia. baru laa aku tahu, ada je air disediakan utk thyroid examination, cuma tak cukup.


overall, ok. repeat exam isn't bad. boleh mantapkan skill & knowledge.








Tuesday, December 20, 2011

buku


mula2 sekali, aku nak mintak maaf dekat en lindsay et al sebab beli buku fotostat kamu. aku tengah jimat sekarang ni. itulah sebab aku beli yg fotostat punya. jangan marah ye..

dua buku ni aku baru je beli. buku color biru tu, harganya rm120. mind you, ini buku nervous system 1st yg aku beli. itu yg semangat beli buku ori. hehe.

buku oren tu pulak, harga rm45. kalau yg ori, rm85. aku suka buku ni sebab ada banyak gambar. banyak membantu utk buat physical examination (PE). kalau buku talley memang la ada gambar tapi, tak sebanyak buku ni. banyak kena imagine sendiri.

so, total harga ialah rm165. sebaik la next year, kerajaan baik hati nak bagi baucer buku rm200 utk pelajar IPTA etc. lepas la jugak 2 buku. still, kalau beli 2 buku ori, masih tak lepas baucer tu. apa2 hal pun, terima kasih kerajaan! 


boleh tahan tebal kan buku2 ni. tebal tiap 1 macam kompilasi buku biology form4 & form5. cuma yg ni, belajar utk 5minggu je. then tutup buku dan belajar new block. buku2 ni akan tetap digunakan sampai final year & alam pekerjaan (yg ni aku tak pasti, ada masa ke tak nak revise lagi..).

konklusinya, gambate!!


Thursday, September 29, 2011

kalau...


"kalau lah aku tak amik medic, mesti sekarang ni aku bakal cikgu. tak ada lah tension sangat belajar.."
"kalau lah aku belajar rajin sikit masa SPM, mesti lah sekarang ni aku dah fly, speaking pon berhabuk je.."

selalu aku terfikir pasal masa lalu.  selalu jugak aku menyesal sebab pilihan2 yg aku buat. persoalannya, adakah jalan yg aku tempuh sekarang ni jalan yg betul??

hakikatnya, aku cuma mampu merancang. tapi, sebaik-baik perancang adalah Allah. sangat tak wajar aku meragui perancanganNya.

Allah tunjukkan aku jalan. dan aku wajib berusaha bersungguh-sungguh utk kekal atas jalan itu. dan berserah padaNya moga2 dipermudahkan perjalanan yg masih terlalu panjang itu.

Sunday, August 7, 2011

aku suka kelantan



tajuk macam kontroversi je kan. 
spesifiknya, aku suka belajar di usm kubang kerian, kelantan. kenapa??



sebab suasana islam yg ada di kampus. memang banyak student yg bertudung labuh, memakai handsocks & socks. 1st time, aku nampak student pakai pakaian yg dipakai (baju kurung & tudung labuh), bukannya telekung semasa solat di surau. ok. reason yg aku bagi agak kuno. memang, ini 1st time aku nampak orang yg lebih kurang aku je umur, solat camtu. kalau makcik2, aku tak heran sangat.

kalau nak tahu, apa2 event yg diadakan, perfomance2 yg dibuat sangat diambil berat. tak boleh tidak, mesti ikut garis panduan islam (aku maksudkan utk event2 berkaitan islam je, event2 nonmuslim tu, lantak depa la kan). serius, memang strict habis la. kaum muslimat hanya akan perform utk event2 yg ditonton oleh muslimat sahaja.


OK. kembali kepada cara pemakaian.
start akhir 1st year, aku berjinak2 pakai baju labuh. actually, aku dah start pakai awal lagi. cuma, baju2 labuh aku tu ketat. biasa la kan, jiwa muda. aku mula faham konsep aurat yg sebenar. aku mula betul2 faham konsep berpakaian tetapi telanjang. start dari tu, aku start pakai pakaian longgar2 sikit. kalau aku pakai seluar ketat, aku match kan dengan baju labuh. kalau aku pakai baju singkat( tp longgar), aku match kan dengan seluar longgar. 
aku dah tak pakai lagi baju2 sarung nangka tu keluar rumah. nak pakai kat rumah pon fikir banyak kali. segan ok. adik aku dua2 lelaki. 


aku start pakai inner tudung lepas tahu yg pemakaian tudung aku jauh dari sempurna. memang aku labuhkan sampai tutup dada. tapi, bayang leher aku masih lagi nampak. to make it worse, rambut2 yg terkeluar dari serkup pon boleh nampak. ciss. sia2 je lah pakai tudung kalau orang boleh nampak lagi rambut kita. 

start awal 2nd year, baru aku berani nak pakai inner tudung tu bila kat rumah. ye lah, pelik ok pakai berlapis-lapis. segan kalau orang pandang macam pelik je. aku pon fikir pelik je mula2 aku tengok orang pakai inner ni. 


start hujung 2nd year ni, aku start pakai socks. dah lama tahu kaki tu aurat, cuma aku jahil. aku fikir kaki tu minor je, tak apa kalau nampak. sedangkan aurat waktu solat sama je dengan aurat dengan ajnabi. aku nekad, kena pakai socks. sebab dah tahu & dah faham. 

aku start pakai tudung time hujung darjah lima. dah 10 tahun. masih lagi, aurat aku belum tertutup dengan sempurna. masih lagi, pakaian aku belum membolehkan aku untuk bersolat dengan hanya memakainya. aku masih belum mampu pakai handsocks. masih belum mampu melabuhkan tudung aku hingga tutup punggung. masih belum mampu. pemakaian aku, jujurnya, far from perfect.

sekarang, aku semakin respect dengan kawan2 yg berjaya menutup aurat dengan sempurna. dan entah bila, aku mampu ikut jejak langkah mereka. 

Friday, July 29, 2011

AMALAN TERTOLAK KERANA MAZMUMAH

Allah menciptakan 7 malaikat sebelum menciptakan langit & bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka utk menjaga pintu2 langit.


Pada setiap pintu itu, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka utk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima & dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.


Pintu langit pertama
Malaikat membawa amalan seorang hamba yg mempunyai nur seperti cahaya matahari.
Berkata malaikat penjaga pintu langit : ’pukullah amalan ini ke muka orang yg mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yg mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya.’


Pintu langit Kedua
Selepas berjaya melaui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yg dilihat baik & banyak.
Kata malaikat penjga langit : ’berhenti kamu & pukul amalan ini ke muka orang yg mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia. ’


Pintu langit ketiga
Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat & puasa. Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama & kedua. Tetapi di tahan di langit ketiga.
Malaikat berkata : ’Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yg takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai.’


Pintu langit keempat
Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji & umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat.
Berkata malaikat penjaga langit : ’Allah memerintahkan supaya amalan orang yg ujub tidah boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.’


Pintu langit kelima
Amalan yg dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit : ’Berhenti & buangkan amalan ini pada muka orang yg mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yg belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.’


Pintu langit keenam
Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad & puasa yg bercahaya seperti bulan purnama.
Lalu berkata malaikat penjaga langit : ’Pukullah amalan ini kepada orang yg mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambanya yg menghadapi kesusahan.’


Pintu langit ketujuh
Berkata malaikat Sum’ah : ’Aku akan menghalang amalan orang yg riak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut.’


Ketika bertemu Allah
Kemudian, naik malaikat yg membawa amalan seorang hamba yg berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri & berzikir. Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan & sampai kepada Allah.
Ketika itu, Allah berfirman yg bermaksud : ’Kamu adalah yg bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu, tetapi tidak boleh menipu Aku.’


sumber :SOLUSI isu no 32

Friday, June 17, 2011

kalau ikutkan hati

kalau nak diikutkan hati, kalau aku ni jenis tak fikir panjang, dah lama aku mesej je dia, tanya khabar.


bila banyak kali fikir pulak, aku akan terfikir "perlukah?". jadi, sebagai seorang typical malay girl, jawapannya adalah tidak. aku takkan mesej dia. hatta kalau dia mesej pon(possibilty sangat la rendah), aku akan balas ala kadar je.


bila fikir dari sudut islam pulak, sudah tentu pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram hanya apabila ada keperluan. itu semua orang tahu. cuma, ramai yg amik mudah hal ni. dengan alasan, 'alah, kitorang mesej je, bukannya apa sangat.' hmm. tepuk dada, tanya iman, 'betol2 tak ada apa2 ke bila mesej2 camtu? kalau sampai hati berbunga2, senyum sorang2, itu maknanya hati kita telah mula lalai drp mengingati yg selayaknya iaitu Pencipta. Hati yg lalai mudah dihasut syaitan. Lepas tu, makin mudah lah kerja hamba yg dilaknat ni. Maka, sepatutnya, tutup terus jalan2 yg boleh melalaikan diri.


kisah drp buku Wanita Dalam Islam:


Ketika keluar dari masjid, Nabi Muhammad saw melihat wanita & lelaki bercampul gaul. Baginda melarang perbuatan tersebut kerana boleh menyebabkan fitnah. Kemudian, membuat pintu khusus untuk wanita di masjid.


Rasulullah saw bersabda:


"Janganlah ada seorang lelaki yg melewati pintu ini." (riwayat Abu Daud)
"Janganlah kamu para lelaki masuk Masjid dari pintu ini yg khusus utk wanita." (riwayat Ibnu Umar)


Al-Bukhari meriwayatkan drp Ummu Salamah r.a berkata:
"Apabila Rasulullah saw salam drp solatnya, para wanita berdiri setelah salamnya & Baginda berhenti sejenak di tempatnya. Dalam riwayat kedua disebutkan, Baginda mengucapkan salam, kemudian para wanita meninggalkan tempatnya & masuk ke rumah mereka sebelum disebutkan, kami(para wanita) apabila telah mengucapkan salam(selesai solat wajib), kami segera berdiri & Rasulullah saw serta para lelaki yg solat akan duduk sebentar. Kemudian Rasulullah saw akan berdiri diikuti jemaah lelaki." 


nampak kan betapa pentingnya jaga pergaulan dengan opposite gender yg bukan mahram...


p/s: mohon diberi kekuatan utk istiqamah dalam memperbaiki diri...