Friday, December 14, 2012

Lionel Richie

di pagi hari, tak tau nak buat apa,padahal boleh je siapkan tutorial untuk next week. aku pon stalked wall fb sorang kawan. dan aku nampak dia ada tulis camni (lebih kurang la ayat dia) : 

fall in love with 'When you tell me that you love me - Diana Ross'

so, aku pon cari la lagu tu. download & dengar. boleh tahan. cuma suara dia tidakla sesedap suara Whitney Houston (r.i.p). pandangan aku je la ni.

so, lepas mood jiwang dah datang, aku pon decide untuk download 2 lagu Lionel Richie, 'Hello' & 'Endless Love'. among my favourite songs. cuma tak ada dalam simpanan. so, i keep rewinding these songs. sampai muak la gamaknya nanti kan. while listening to the lyrics with closed eyes, there's someone who keeps popping into my mind. guess who? 

it's you, kawan. yes, you. 

well. that's that. 

1)Hello


2)Endless love


p/s : people say it's hard to forget your first love. the truth is, i don't even know how to differentiate between love, like, or just crush. 

Friday, November 2, 2012

orthopaedic



done with surgery posting. prof kata paper pharmaco semua orang pass. alhamdulillah. harap-harap paper surgery pon kami 1 group pass. 



2 weeks in orthopaedic posting. tersangat sibuk. 2 grand ward round every week. one for spine unit. one for year 4 unit. and both are on the same day!!! in spine unit, knowing each case in our unit is a MUST. prof akan tanya siapa-siapa sahaja. kalau tak tahu complaint pesakit tu (means you didn't clerk the patient), bersedialah  untuk dihalau keluar dari ward. seram!

in the clinic. pesakit luar selalu ramai. nak dekat 100. jadi, selalu pukul 1-2 petang baru habis. memang penat.

not to forget, the physical examinations in orthopaedic are just toooooo many. from spine to hand  to foot to peripheral nerve examinations. semua kena ada dalam kepala. boleh tepu otak.

4 more weeks to go. u can do it! 





 

Saturday, October 13, 2012

one day




baru pagi tadi aku dengar lagu ni. 1st time. lagu nyanyian Matisyahu, tajuk "One day". muzik reggae? iya la kot. aku ni buta seni. yg penting, lirik lagu ni bagus. dan, of course, bukan lagu cinta yang kita biasa dengar. oh ya, matisyahu is a jewish.

sambil-sambil buat soalan mcq, sambil layan lagu ni. lagu yang tenang. dan moga dipermudahkan exam next week. moga aku pass 1st posting (surgery). aminn.

Friday, June 8, 2012

i like you

say you like me. lagu yang comel. bukan sebab suara vokalis, tapi lirik lagu ni yang comel. terngiang-ngiang "....if you like me, then say you like me...". persoalannya, mampu ke nak bagitau, "heh awak, saya suka awak la." jujurnya, aku takkan mampu nak bagitau. konon-konon lidah kelu, lutut ketar (ni cuma based on novel, drama, filem melayu yang cliche).

atas beberapa faktor, aku nobatkan lagu ni sebagai theme song untuk minggu ni. layan~


scene main kelopak bunga ni aku selalu nampak dalam cerita cinta. aku tak pasti apa relevannya cabut kelopak tu tapi nampak pelik. dan nampak sangat tengah angau. sila kawal perasaan anda. apa, ingat bunga tu pak nujum ke??? 


bila orang tu (you-know-who) mesej, mesti hati bunga-bunga. sedangkan dia cuma tanya pasal homework apa kena buat. pastu nanti, daripada sekadar mesej hal-hal urgent, terus meleret-leret, masuk hal lain. senang cerita, hal-hal yang tak penting la. bila dah lama merapu, pastu dah tak ada idea nak mesej apa lagi. terpaksa la stop mesej kan. dengan hati yang berat, terpaksa mesej, "ok. bye. ada kerja nak buat." 


pastu nanti, ada masa, bila rindu(layankan sangat perasaan tu) kat orang tu, mula la start mesej. tanya khabar la konon. masa tu, sangat mengharap orang tu akan balas a.s.a.p. pastu, bila seharian tunggu, kejap-kejap tengok inbox, tak ada jugak dia reply. mula la rasa bodoh. "apa yang aku buat ni..." menyesal kejap. haishhh. cuba la fikir positif sikit. entah-entah orang tu tak ada kredit. lagi pon, benda yang ditanya tu bukannya penting pon kan. jadi, tak kesah la reply ke tak.


konklusinya, sila ikut akal bila nak buat sesuatu tu. bak kata pepatah melayu,
ikut hati, MATI.
ikut nafsu, LESU. 

hayatilah ayat 26 Surah an-Nur:
"...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..."

p/s:moga aku kuat untuk berubah menjadi yang baik. 

Friday, April 27, 2012

positif

ada 3 minggu sahaja lagi untuk exam professional 2. wallpaper desktop pon dah bertukar daripada gambar2 flora & fauna, jadi kata2 semangat. lagu2 yg aku dengar pon dah bukan lagu cinta merapu. sekarang ni dengar inspirational songs je. bercakap pon dah kurang. gelak pon dah kurang. yg penting hubungan dengan Pencipta wajib dijaga rapi. 


antara wallpaper yg aku baru tukar :












antara lagu2 yang aku dengar sekarang ni :

1) i believe - irfan makki feat maher zain
2) i believe i can fly - r kelly
3) i'm alive - celine dion
4) it's my life - bon jovi
5) skyscraper - demi lovato
6) smile - nat king cole
7) the climb - miley cyrus
8) today my life begins - bruno mars
9) unwritten -natasha bedingfield
10) when you believe - mariah carey, whitney houston

BERSEMANGATLAH!! MOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!! 



Monday, March 19, 2012

sempurnakan solat

1)membaca dalam hati


Rukun Qauli (Bacaan-Bacaan Yang Wajib)

Di dalam sembahyang adalah disyaratkan ketika melafazkan setiap rukun qauli iaitu takbiratulihram, surah al-Fatihah, tasyahhud akhir dan salam melafazkannya dengan suara yang dapat didengar oleh diri sendiri iaitu jika keadaan pendengarannya baik dan tiada halangan untuk mendengarnya seperti bunyi bising.

Namun jika keadaan pendengarannya tidak baik seperti tuli ataupun ada halangan untuk mendengarnya seperti bunyi bising, maka tidaklah diwajibkan dia mendengarnya, akan tetapi dia tetap wajib melafazkan bacaannya dengan suara yang sekira-kira boleh didengarnya ketika keadaan pendengarannya baik atau ketika keadaan tidak bising.

Oleh itu adalah tidak sah bacaan setiap rukun qauli apabila ia tidak dilafazkan dengan suara yang dapat didengar oleh dirinya sendiri seperti hanya dibaca dalam hati. Ini menyebabkan sembahyang yang dikerjakannya tidak sah.

Bacaan-Bacaan Sunat

Sementara bacaan-bacaan atau zikir-zikir yang sunat seperti doa al-iftitah, at-ta‘awwudz, ayat atau surah dari al-Qur’an selepas al-Fatihah, tasyahhud awal dan seumpamanya adalah dituntut juga untuk melafazkannya dengan suara yang didengar oleh diri sendiri bagi mendapatkan pahala sunat. 

Jika tidak dilafazkan dengan suara demikian seperti dibaca dalam hati sahaja tidaklah menjejaskan sahnya sembahyangnya, tetapi dia tidak mendapat pahala sunat.



2)Mengerjakan Sembahyang Dengan Cepat

Disebabkan seseorang itu ingin cepat selesai dari mengerjakan sembahyang, kadangkala terabai tuntutan melakukan thuma’ninah di dalam sembahyang itu. Kecuaian dan kelalaian dalam melakukan thuma’ninah ini boleh menyebabkan sembahyang itu tidak sah.


Thuma’ninah merupakan salah satu rukun sembahyang. Thuma’ninah bermaksud tetap anggotanya ketika melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang sekurang-kurangnya dengan kadar bacaan zikir: “ سبحان الله ” sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya.

Thuma’ninah itu diwajibkan ketika ruku‘, i‘tidal, kedua-duasujud dan duduk antara dua sujud, sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa ketika mana seorang lelaki selesai mengerjakan sembahyang di masjid, kemudian dia memberi salam kepada Baginda dan Baginda menjawab salamnya lalu bersabda:



Maksudnya: “Kembalilah dan kerjakan sembahyang (semula), sesungguhnya engkau belum sembahyang.” Maka lelaki itu pun kembali dan mengerjakan sembahyang seperti sembahyang yang telah dia kerjakan. Kemudian dia datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu memberi salam kepada Baginda.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Dan ke atasmu salam kesejahteraan.” Kemudian Baginda bersabda: “Kembalilah dan kerjakan sembahyang (semula), sesungguhnya engkau belum sembahyang.” Sehinggalah dia melakukan yang demikian itu sebanyak tiga kali.

Lalu berkata lelaki itu: “Demi Yang Mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat mengerjakan sembahyang yang lebih baik daripada ini, ajarkanlah aku.”

Baginda bersabda: “Apabila engkau mengerjakan sembahyang maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Qur’an yang mudah bagimu. Lalu ruku‘lah sehingga engkau thuma’ninah dalam ruku‘mu, kemudian bangkitlah sehingga engkau lurus berdiri dengan berthuma’ninah. Lalu sujudlah sehingga engkau berthuma’ninah dalam sujudmu, kemudian bangkitlah sehingga engkau thuma’ninah dalam dudukmu. Kemudian lakukanlah yang demikian itu di dalam sembahyangmu pada setiap rakaat.”

(Hadits riwayat Muslim)

Thuma’ninah ketika ruku‘ ialah tetap anggotanya semasa melakukan ruku‘ sebelum bangkit untuk melakukan i‘tidal. Sementara thuma’ninah ketika i‘tidal ialah tetap anggotanya semasa i‘tidal sebelum bergerak untuk melakukan sujud. Adapun thuma’ninah ketika melakukan sujud ialah tetap anggotanya semasa sujud sebelum bangkit daripada sujud. Thuma’ninah ketika duduk antara dua sujud pula tetap anggotanya semasa duduk antara dua sujud sebelum melakukan sujud kedua.


Jika seseorang itu ruku‘ lalu terus berdiri tanpa thuma’ninah, maka wajib dia kembali semula melakukan ruku‘ berserta thuma’ninah, kemudian baharulah dia berdiri untuk i‘tidal.

Maka sembahyang yang dikerjakan dengan cepat atau tergesa-gesa boleh mengakibatkan tertinggalnya rukun thuma’ninah ini. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa rukun sembahyang jika tidak ditunaikan menyebabkan sembahyang tidak sah.




3)Sujud Dengan Tidak Mengendahkan Kedudukan Jari Kaki

Kecuaian dalam melakukan sujud juga kadang-kadang terjadi, seperti kedudukan jari kaki yang tergantung-gantung atau hanya meletakkan belakang jari kaki ke bumi. Ketika melakukan sujud diwajibkan meletakkan kesemua tujuh anggota sujud ke bumi. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:


Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud di atas tujuh anggota
dan tidak mengikat rambutnya (supaya tidak terburai ketika sujud) serta tidak menyingsing pakaian: (Iaitu) dahi, kedua tangan, kedua lutut dan kedua kaki.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Apa yang dimaksudkan dengan sujud di atas tujuh anggota itu ialah meletakkan sebahagian dahi, sebahagian kedua lutut, sebahagian telapak tangan atau perut jari kedua tangan dan sebahagian perut jari kedua kaki.


Oleh itu, tidak sah sujud itu dengan hanya meletakkan belakang telapak tangan, hujung-hujung jari atau tepi-tepinya. Begitu juga, tidak memadai sujud dengan hanya meletakkan belakang jari kaki apatah lagi membiarkannya tergantung-gantung.

Ini berbeza halnya jika ada keuzuran seperti putus tangan atau putus jari-jari kaki, maka gugurlah kewajipan untuk meletakkannya.



sumber: 

BEBERAPA KESILAPAN YANG MENGAKIBATKAN SEMBAHYANG TIDAK SAH 
(BAHAGIAN PERTAMA)

State Mufti's Office, Prime Minister's Office, Brunei Darussalam

Friday, March 9, 2012

kebenaran & aib manusia

kebenaran mesti dibuka.



aib mesti ditutup. 




namun bagaimana jika sesuatu kebenaran berkait rapat dengan aib seseorang?

pada saat ini, hikmah sangat diperlukan untuk memperbetulkan kesalahan orang lain tanpa menjatuhkan air mukanya.

suatu hari, Sayidina Umar bin al-Khattab memimpin solat berjemaah di masjid. Tiba-tiba beliau tercium bau busuk yang datang daripada seorang makmum yang buang angin.

setelah menyelesaikan solatnya, Umar segera berkata: 
"aku menggesa orang yang telah buang angin tadi untuk berwuduk & mengulang kembali solatnya. "

Namun, tiada sesiapa yang bangun melaksanakan perintah ini. Umar mengulanginya berkali-kali, namun tetap tiada siapa yang bangkit. tentu sahaja, tidak ada siapa yang bersedia memalukan dirinya di hadapan orang ramai.

melihat perkara ini, Jarir bin Hazim yang waktu itu berada bersama Umar berkata:
"wahai Amirul Mukminin, janganlah anda perintahkan dia seorang. perintahkanlah kami semua. mari kita wuduk bersama-sama lalu mengulangi solat kita. maka solat ini bagi kita dikira sunat, namun bagi orang itu dikira wajib."

cadangan itu amat bijaksana. ia dapat mencapai tujuannya di samping menjaga air muka orang tersebut. Umar segera berkata:
"semoga Allah merahmatimu. sungguh, engkau pemimpin yang sangat baik pada masa jahiliah & dalam Islam. aku perintahkan diriku & anda semua untuk mengulangi wuduk & solat semula."

kisah ini terdapat dalam beberapa kita sejarah antaranya Tarikh Dimashq  dan al-Bidayah wa al-Nihayah.

sumber :majalah SOLUSI isu no. 39

kesimpulannya, tegurlah secara berhikmah. jangan sampai orang yang kita tegur itu jauh hati dengan kita.