Tuesday, December 20, 2011
buku
Posted by namj at 12/20/2011 08:34:00 PM 0 comments
Thursday, September 29, 2011
kalau...
"kalau lah aku tak amik medic, mesti sekarang ni aku bakal cikgu. tak ada lah tension sangat belajar.."
Posted by namj at 9/29/2011 02:35:00 PM 0 comments
Sunday, August 7, 2011
aku suka kelantan
Posted by namj at 8/07/2011 02:09:00 AM 0 comments
Friday, July 29, 2011
AMALAN TERTOLAK KERANA MAZMUMAH
Posted by namj at 7/29/2011 12:32:00 AM 0 comments
Friday, June 17, 2011
kalau ikutkan hati
bila banyak kali fikir pulak, aku akan terfikir "perlukah?". jadi, sebagai seorang typical malay girl, jawapannya adalah tidak. aku takkan mesej dia. hatta kalau dia mesej pon(possibilty sangat la rendah), aku akan balas ala kadar je.
bila fikir dari sudut islam pulak, sudah tentu pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram hanya apabila ada keperluan. itu semua orang tahu. cuma, ramai yg amik mudah hal ni. dengan alasan, 'alah, kitorang mesej je, bukannya apa sangat.' hmm. tepuk dada, tanya iman, 'betol2 tak ada apa2 ke bila mesej2 camtu? kalau sampai hati berbunga2, senyum sorang2, itu maknanya hati kita telah mula lalai drp mengingati yg selayaknya iaitu Pencipta. Hati yg lalai mudah dihasut syaitan. Lepas tu, makin mudah lah kerja hamba yg dilaknat ni. Maka, sepatutnya, tutup terus jalan2 yg boleh melalaikan diri.
kisah drp buku Wanita Dalam Islam:
Ketika keluar dari masjid, Nabi Muhammad saw melihat wanita & lelaki bercampul gaul. Baginda melarang perbuatan tersebut kerana boleh menyebabkan fitnah. Kemudian, membuat pintu khusus untuk wanita di masjid.
Rasulullah saw bersabda:
"Janganlah ada seorang lelaki yg melewati pintu ini." (riwayat Abu Daud)
"Janganlah kamu para lelaki masuk Masjid dari pintu ini yg khusus utk wanita." (riwayat Ibnu Umar)
Al-Bukhari meriwayatkan drp Ummu Salamah r.a berkata:
"Apabila Rasulullah saw salam drp solatnya, para wanita berdiri setelah salamnya & Baginda berhenti sejenak di tempatnya. Dalam riwayat kedua disebutkan, Baginda mengucapkan salam, kemudian para wanita meninggalkan tempatnya & masuk ke rumah mereka sebelum disebutkan, kami(para wanita) apabila telah mengucapkan salam(selesai solat wajib), kami segera berdiri & Rasulullah saw serta para lelaki yg solat akan duduk sebentar. Kemudian Rasulullah saw akan berdiri diikuti jemaah lelaki."
nampak kan betapa pentingnya jaga pergaulan dengan opposite gender yg bukan mahram...
p/s: mohon diberi kekuatan utk istiqamah dalam memperbaiki diri...
Posted by namj at 6/17/2011 05:04:00 AM 0 comments
Thursday, June 2, 2011
selanjar 2
Moga aku terus kuat dalam perjuangan ni . Amin .
Posted by namj at 6/02/2011 05:04:00 PM 0 comments
Sunday, May 15, 2011
rumah usang
Posted by namj at 5/15/2011 11:18:00 PM 0 comments
Thursday, April 21, 2011
pakcik becha
alhamdulillah.selesai urusan di pejabat imigresen,aku terus menapak pergi parkson(dekat je jarak).
time tengah jalan2 tu, aku perasan ramai gak pakcik becha(PB) kat kb nih.then,tiba2 aku jadi unsure jalan ke parkson,aku pun decide untuk tanya kat sorang PB nih.dia tengah kayuh becha time tu.
aku:(dengan senyum lebar).. pakcik, kat mana arah nak pergi parkson?
PB: parkson??(muka blur).. pakcik tak tahu.
aku: pakcik tak tahu ke?
PB:oooh. yg shopping complex tu ye. maaf la, pakcik tak tahu.
aku: tak pe la pakcik. terima kasih ye. (senyum lagi sebelum blah)
sebenarnya, aku tau parkson tu dekat je dgan pasar siti khadijah(PSK). mula2, aku ingat nak suruh PB bawak je sebab cnfrm dia tau PSK tu. tapi, tiba2 aku t'fikir 'best gak jalan kaki nih. terasa cam independent jap.'.. then, aku tengok PB tu pun, tua & kurus. tak sampai hati lak nak suruh. nak hulur duit saja2, aku takut PB kecik hati. dia bukan pengemis yang aku senang2 nak hulur duit. dia b'usaha keras untuk cari rezeki yang halal.
PB,
aku harap kau tetap tabah hadapi hidup. jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah. moga kesabaranmu dibalas dengan pahala yang kelak dapat membawamu ke syurga. amin.
"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya tiada yang putus asa daripada rahmat Allah melainkan orang kafir." (Surah Yusuf:87)
Posted by namj at 4/21/2011 09:02:00 PM 0 comments
Wednesday, March 30, 2011
islam hanya dalam I/C
bukan juga golongan yang pakai tudung labuh.
aku cuma seorang muslim.
yang cuba untuk memperbaiki diri.
pelik.
kenapa golongan muslimat yang terang2 tahu hukum, masih lagi tidak menutup aurat.
masih lagi free hair.
masih lagi pakai baju adik.
masih lagi pakai seluar pendek.
menampakkan apa yang sepatutnya hanya ditayangkan
untuk SUAMI.
apa dia freedom bagi anda?
kebebasan melakukan apa2 sahaja yang diingini?
freedom kah apabila semua mata dapat melihat,
merenung aset anda?
feedom kah apabila adam boleh berfantasi dengan diri anda?
anda kata, "dont judge a book by its cover".
"yang pakai tudung pun ada yang teruk".
apabila anda terdedah sana sini.
masih ada lagikah akhlak anda kepada Pencipta?
masih lagi gentarkah anda dengan hukum Tuhan?
begitu berani anda melawan perintah Allah secara terang-terangan.
anda kata,"parents kami tak kesah pon."
kalaupun mereka tidak menegur,
anda yang sudah tahu hukum,
tidak kasihan kah dengan parents anda?
yang terpaksa menanggung dosa anda selagi anda belum berkahwin.
lupakah kita pada segala pengorbanan mereka.
adakah anda mahu heret mereka sama ke dalam neraka?
tidakkah anda tahu mati itu makin hampir?
ingatlah, tiada siapa yang immortal.
Posted by namj at 3/30/2011 07:24:00 AM 0 comments
Friday, March 25, 2011
Tuesday, March 22, 2011
berusaha utk suka
yakinlah dengan kemampuan diri,
percayalah,
kau mampu teruskan perjuangan dalam MD,
walau kini,
kau bukan lagi pelajar cemerlang,
tapi,
ketahuilah,
kau juga mampu untuk tamatkan pengajian ini,
walau course ini bukanlah minat kau yang utama,
walau kau ada banyak lagi cita2,
ketahuilah,
ini semua rencana Allah,
yang Maha Mengetahui,
apa yg terbaik utk hamba2Nya,
cuma 1 yg ku pinta,
berusahalah utk suka,
apa yang sudah ada di depan mata.....
Posted by namj at 3/22/2011 08:32:00 AM 0 comments
Friday, March 11, 2011
mati
Posted by namj at 3/11/2011 10:52:00 PM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
THE BEST LISTENER OF ALL
puas aku cari semalam kaedah mengawal marah.
finally,
aku jumpa 1 cara yg aku tak pernah terfikir pon sebelum ni.
thanks to fuadlatip.com.
caranya:
bila kita rasa marah, mengadu la pada ALLAH, berkata-kata lah denganNya,
cth: " Ya Allah, aku geram betol la kat die ni. ikutkan hati, nak je aku laser."
then,
kita akan rasa beransur-ansur lega.
sebab,
sebenarnya apabila kita mengadu pada Allah,
Allah berikan kita kekuatan untuk melawan amarah,
Lantas disuntikkkanNya dalam diri sifat sabar.
N we feel relieve afterwards without hurting anyone.
So,
rajin-rajinkan diri untuk
BERBUAL-BUAL dengan Allah.
BERCERITA lah padanya tentang apa yang kita telah, sedang, & akan buat.
BERITAHU Dia apa yang kita rasa, apa yang kita mahu.
Memang Allah Maha Mengetahui. Tetapi, dengan cara ini sebenarnya dapat membuatkan diri kita semakin rapat denganNya. Semakin rapat bereti semakin tinggi kesedaran bahawa diri ini hanya hamba.
Semoga kecintaan kita kepadaNya makin bertambah!
credit to fuadlatip.com.
Posted by namj at 2/16/2011 10:24:00 PM 0 comments
Tuesday, February 15, 2011
MARAH!
tapi, ada ke orang yang pernah marah unknown person??
aku pernah. twice. bila dipikir balik, menyesal. aku akui hampir tiap hari aku dihantui dengan igauan dosa yang 1 ini.
mungkin sebab rasa ego dalam diri. dengan status aku sebagai student U, critical course lagi, membuatkan aku rasa diri aku bagus. aku pandang rendah orang yang kerja dekat kaunter. pandang sebelah mata.
sekarang, aku sedar. menyesal sangat. betapa hinanya diri ini menganggap diri begitu istimewa sedangkan darjat seseorang itu sama sahaja di sisi Pencipta. cuma yang membezakan adalah TAQWA.
kalau dosa itu kepada Allah, bertaubatlah. nescaya akan diampunkanNya. Allah kan Maha Pengampun.
tapi, dosa kepada manusia. perlu langsaikan dengan tuan punya badan sendiri. masalahnya, how could i find them??
Aku takut aku perlu mencari mereka di akhirat kelak. Dan aku tahu, kalaupun aku jumpa mereka di dunia ini, aku tidak cukup kuat untuk mengakui dosa2 tersebut.
Ya Allah, maafkan aku. Aku tidak mampu kawal diriku sendiri. aku tidak mampu kawal emosi. Aku ini hanya hambaMu yang lemah. Berilah kekuatan kepadaKu Tuhan, untuk tidak lagi mengulangi dosa tersebut. Bantulah aku Ya Rabbi.
Cuma 1 yang aku harapkan, Ya Allah, lembutkan hati mereka untuk memaafkan aku.
Posted by namj at 2/15/2011 05:51:00 PM 0 comments
Monday, January 3, 2011
BORING!BOSAN!
Itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang yang berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Pada masa yang sama, juga sibuk mengumpulkan saham2 akhirat.Dunia & akhirat disepadukan.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surah al-Dhariyat 51:36)
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."(Surah al-Baqarah 2:30)
Dua misi inilah yang akan menjadikan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.
Wallahu a'lam.
(dipetik dari majalah SOLUSI Isu No.26)
Posted by namj at 1/03/2011 12:00:00 AM 0 comments