Thursday, June 2, 2011

selanjar 2

habis 4 paper. lega.

1st day : start dengan stesyen yg aku tak tahu morphology sakit apa . tahu bladder je . lepas tu , lagi lah , banyak aku tak tahu . banyak tak ingat gak . soklan 1st yr pon ada tanya .  gelabah nak jawab tiap stesyen tu . haissh .

2nd day: soklan 1st pasal staghorn calculi , patient sensitive to penicillin , so , what drugs can be given ? siap nak mode of action (MOA) . seriously blurred . soklan no.5(a) , suruh lukis dermatomes of the lower limb . waa ! aku tak ingat . overall , ada soklan mampu jawab dgn yakinnnya , ada yg tak tahu .

3rd day: start ngan physical examination (PE) . thyroid examination . rasa cam aku dah siap wat . pastu , aku cakap kat examiner , " anything that i forget , dr ?? " DR cuma bagi ak senyuman je . aku musykil ok , ada banyak tinggal step ke tak ni.. then , soklan pasal suture . soklan berapa hari baru boleh bukak jahitan kat muka , tangan & kaki . dalam hati aku " mana lah aku tahu . aku bukan surgeon . " next soklan ialah history taking of patient with urethral discharge . muka patient (staff yg pura2 jadi patient) punya la suci , tak boleh nak feel , utk tanya pasal sexually transmitted disease(STD) ni . tapi , stesyen ni , rasanya ok je la .

4th day : MCQ . overall , banyak tahu , banyak gak yg tak tahu . penat aku baca  development of urinary system pagi tadi , tak ada 1 soklan pon keluar . sabar je lah . 

conclusion 
cuti 3 bulan akan digunakan sebaiknya utk cover balik dari foundation block sampailah musculoskeletal block ni . naik 3rd year , perlu lebih fokus & gigih & istiqamah dalam belajar . time ni dah tak perlu nak join apa2 , dengar ceramah & forum je utk kumpul merit .


Moga aku terus kuat dalam perjuangan ni . Amin . 

Sunday, May 15, 2011

rumah usang

rumah kayu yg usang,
tanpa cat,
dengan lantai yg lopong,
atap yg bocor,
rupa-rupanya dihuni oleh seorang atok,
yg usianya sudah  lebih 90 tahun.

atok itu,
mengingatkan aku pd allahyarham atok,
cuma yg membezakan,
arwah bergerak menggunakan wheelchair pd usia itu,
sedangkan atok itu,
masih mampu brjalan,
tanpa sebarang bantuan.

atok itu,
pendengarannya makin trjejas,
untuk bercakap dengannya,
perlu suara yg kuat,
mulut perlu dibuka luas2,
sama seperti arwah.

atok itu,
tinggal berseorangan,
walau diajak tinggal bersama oleh anak2,
die tetap enggan.
tentu sahaja,
rumah usang itu,
punya banyak nostalgia,
yg tak terhitung nilainya.

atok itu,
makan di rumah anaknya,
tp tetap sahaja mahu tidur di rumah usang itu,
dengan hanya beralaskan tilam nipis,
tanpa katil.
tanpa bilik.

atok itu,
menyedarkan aku,
tentang 1 masa yg pasti,
untuk aku berseorangan,
ulat, cacing sebagai peneman.

cuma aku berharap,
di hujung usiaku nanti,
aku masih ada keluarga,
di sisiku.








Thursday, April 21, 2011

pakcik becha


alhamdulillah.selesai urusan di pejabat imigresen,aku terus menapak pergi parkson(dekat je jarak).


time tengah jalan2 tu, aku perasan ramai gak pakcik becha(PB) kat kb nih.then,tiba2 aku jadi unsure jalan ke parkson,aku pun decide untuk tanya kat sorang PB nih.dia tengah kayuh becha time tu.


aku:(dengan senyum lebar).. pakcik, kat mana arah nak pergi parkson?
PB: parkson??(muka blur).. pakcik tak tahu.
aku: pakcik tak tahu ke?
PB:oooh. yg shopping complex tu ye. maaf la, pakcik tak tahu.
aku: tak pe la pakcik. terima kasih ye. (senyum lagi sebelum blah)


sebenarnya, aku tau parkson tu dekat je dgan pasar siti khadijah(PSK). mula2, aku ingat nak suruh PB bawak je sebab cnfrm dia tau  PSK tu. tapi, tiba2 aku t'fikir 'best gak jalan kaki nih. terasa cam independent jap.'.. then, aku tengok PB tu pun, tua & kurus. tak sampai hati lak nak suruh. nak hulur duit saja2, aku takut PB kecik hati. dia bukan pengemis yang aku senang2 nak hulur duit. dia b'usaha keras untuk cari rezeki yang halal. 


PB,
aku harap kau tetap tabah hadapi hidup. jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah. moga kesabaranmu dibalas dengan pahala yang kelak dapat membawamu ke syurga. amin.


"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya tiada yang putus asa daripada rahmat Allah melainkan orang kafir." (Surah Yusuf:87)









Wednesday, March 30, 2011

islam hanya dalam I/C

aku bukan ustazah.
bukan juga golongan yang pakai tudung labuh.
aku cuma seorang muslim. 
yang cuba untuk memperbaiki diri. 

pelik. 
kenapa golongan muslimat yang terang2 tahu hukum, masih lagi tidak menutup aurat.
masih lagi free hair.
masih lagi pakai baju adik.
masih lagi pakai seluar pendek.
menampakkan apa yang sepatutnya hanya ditayangkan
untuk SUAMI.
  
alasan yang diberi, "we want freedom".
apa dia freedom bagi anda?
kebebasan melakukan apa2 sahaja yang diingini?
freedom kah apabila semua mata dapat melihat,
merenung aset anda?
feedom kah apabila adam boleh berfantasi dengan diri anda?

anda kata, "dont judge a book by its cover".
"yang pakai tudung pun ada yang teruk".
apabila anda terdedah sana sini.
masih ada lagikah akhlak anda kepada Pencipta?
masih lagi gentarkah anda dengan hukum Tuhan?
begitu berani anda melawan perintah Allah secara terang-terangan.

anda kata,"parents kami tak kesah pon."
kalaupun mereka tidak menegur,
anda yang sudah tahu hukum,
tidak kasihan kah dengan parents anda?
yang terpaksa menanggung dosa anda selagi anda belum berkahwin.
lupakah kita pada segala pengorbanan mereka.
adakah anda mahu heret mereka sama ke dalam neraka?

tidakkah anda tahu mati itu makin hampir?
ingatlah, tiada siapa yang immortal.



Friday, March 25, 2011

islam sebenar harus kita kembali

Tuesday, March 22, 2011

berusaha utk suka

wahai diri,
yakinlah dengan kemampuan diri,
percayalah,
kau mampu teruskan perjuangan dalam MD,
walau kini,
kau bukan lagi pelajar cemerlang,
tapi,
ketahuilah,
kau juga mampu untuk tamatkan pengajian ini,
walau course ini bukanlah minat kau yang utama,
walau kau ada banyak lagi cita2,
ketahuilah,
ini semua rencana Allah,
yang Maha Mengetahui,
apa yg terbaik utk hamba2Nya,
cuma 1 yg ku pinta,
berusahalah utk suka,
apa yang sudah ada di depan mata.....



Friday, March 11, 2011

mati

Mati itu pasti. semua orang akan merasainya. kita berasal daripada tanah. dan kita juga akan dikebumikan 7kaki dalam tanah. teringat cerita seorang rakan tentang tanah..

Atas arahan ALLAH s.w.t, Malaikat turun ke Bumi untuk ambil sedikit tanah.
Disebabkan tahu manusia bakal membuat kerosakan, Bumi pada mulanya enggan memberi sedikit daripada dirinya.
Namun, kerana arahan itu adalah arahan Penguasa seluruh alam, Bumi pun bersetuju.
Tetapi ia telah berjanji,

"Sekiranya manusia ketika hidupnya, beramal soleh, pasti kuburnya menjadi luas. Namun, sekiranya manusia ketika hidupnya, sering melakukan kemungkaran, nescaya aku akan himpitnya sehingga berselisisih tulang rusuk."