Thursday, April 21, 2011

pakcik becha


alhamdulillah.selesai urusan di pejabat imigresen,aku terus menapak pergi parkson(dekat je jarak).


time tengah jalan2 tu, aku perasan ramai gak pakcik becha(PB) kat kb nih.then,tiba2 aku jadi unsure jalan ke parkson,aku pun decide untuk tanya kat sorang PB nih.dia tengah kayuh becha time tu.


aku:(dengan senyum lebar).. pakcik, kat mana arah nak pergi parkson?
PB: parkson??(muka blur).. pakcik tak tahu.
aku: pakcik tak tahu ke?
PB:oooh. yg shopping complex tu ye. maaf la, pakcik tak tahu.
aku: tak pe la pakcik. terima kasih ye. (senyum lagi sebelum blah)


sebenarnya, aku tau parkson tu dekat je dgan pasar siti khadijah(PSK). mula2, aku ingat nak suruh PB bawak je sebab cnfrm dia tau  PSK tu. tapi, tiba2 aku t'fikir 'best gak jalan kaki nih. terasa cam independent jap.'.. then, aku tengok PB tu pun, tua & kurus. tak sampai hati lak nak suruh. nak hulur duit saja2, aku takut PB kecik hati. dia bukan pengemis yang aku senang2 nak hulur duit. dia b'usaha keras untuk cari rezeki yang halal. 


PB,
aku harap kau tetap tabah hadapi hidup. jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah. moga kesabaranmu dibalas dengan pahala yang kelak dapat membawamu ke syurga. amin.


"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya tiada yang putus asa daripada rahmat Allah melainkan orang kafir." (Surah Yusuf:87)









Wednesday, March 30, 2011

islam hanya dalam I/C

aku bukan ustazah.
bukan juga golongan yang pakai tudung labuh.
aku cuma seorang muslim. 
yang cuba untuk memperbaiki diri. 

pelik. 
kenapa golongan muslimat yang terang2 tahu hukum, masih lagi tidak menutup aurat.
masih lagi free hair.
masih lagi pakai baju adik.
masih lagi pakai seluar pendek.
menampakkan apa yang sepatutnya hanya ditayangkan
untuk SUAMI.
  
alasan yang diberi, "we want freedom".
apa dia freedom bagi anda?
kebebasan melakukan apa2 sahaja yang diingini?
freedom kah apabila semua mata dapat melihat,
merenung aset anda?
feedom kah apabila adam boleh berfantasi dengan diri anda?

anda kata, "dont judge a book by its cover".
"yang pakai tudung pun ada yang teruk".
apabila anda terdedah sana sini.
masih ada lagikah akhlak anda kepada Pencipta?
masih lagi gentarkah anda dengan hukum Tuhan?
begitu berani anda melawan perintah Allah secara terang-terangan.

anda kata,"parents kami tak kesah pon."
kalaupun mereka tidak menegur,
anda yang sudah tahu hukum,
tidak kasihan kah dengan parents anda?
yang terpaksa menanggung dosa anda selagi anda belum berkahwin.
lupakah kita pada segala pengorbanan mereka.
adakah anda mahu heret mereka sama ke dalam neraka?

tidakkah anda tahu mati itu makin hampir?
ingatlah, tiada siapa yang immortal.



Friday, March 25, 2011

islam sebenar harus kita kembali

Tuesday, March 22, 2011

berusaha utk suka

wahai diri,
yakinlah dengan kemampuan diri,
percayalah,
kau mampu teruskan perjuangan dalam MD,
walau kini,
kau bukan lagi pelajar cemerlang,
tapi,
ketahuilah,
kau juga mampu untuk tamatkan pengajian ini,
walau course ini bukanlah minat kau yang utama,
walau kau ada banyak lagi cita2,
ketahuilah,
ini semua rencana Allah,
yang Maha Mengetahui,
apa yg terbaik utk hamba2Nya,
cuma 1 yg ku pinta,
berusahalah utk suka,
apa yang sudah ada di depan mata.....



Friday, March 11, 2011

mati

Mati itu pasti. semua orang akan merasainya. kita berasal daripada tanah. dan kita juga akan dikebumikan 7kaki dalam tanah. teringat cerita seorang rakan tentang tanah..

Atas arahan ALLAH s.w.t, Malaikat turun ke Bumi untuk ambil sedikit tanah.
Disebabkan tahu manusia bakal membuat kerosakan, Bumi pada mulanya enggan memberi sedikit daripada dirinya.
Namun, kerana arahan itu adalah arahan Penguasa seluruh alam, Bumi pun bersetuju.
Tetapi ia telah berjanji,

"Sekiranya manusia ketika hidupnya, beramal soleh, pasti kuburnya menjadi luas. Namun, sekiranya manusia ketika hidupnya, sering melakukan kemungkaran, nescaya aku akan himpitnya sehingga berselisisih tulang rusuk."

Wednesday, February 16, 2011

THE BEST LISTENER OF ALL

alhamdulillah.
puas aku cari semalam kaedah mengawal marah.
finally,
aku jumpa 1 cara yg aku tak pernah terfikir pon sebelum ni.
thanks to fuadlatip.com.


caranya:


bila kita rasa marah, mengadu la pada ALLAH, berkata-kata lah denganNya,
cth: " Ya Allah, aku geram betol la kat die ni. ikutkan hati, nak je aku laser."
then,
kita akan rasa beransur-ansur lega.
sebab,
sebenarnya apabila kita mengadu pada Allah,
Allah berikan kita kekuatan untuk melawan amarah,
Lantas  disuntikkkanNya dalam diri sifat sabar.
N we feel relieve afterwards without hurting anyone.


So,
rajin-rajinkan diri untuk  
BERBUAL-BUAL dengan Allah.
BERCERITA lah padanya tentang apa yang kita telah, sedang, & akan buat.
BERITAHU Dia apa yang kita rasa, apa yang kita mahu.


Memang Allah Maha Mengetahui. Tetapi, dengan cara ini sebenarnya dapat membuatkan diri kita semakin rapat denganNya. Semakin rapat bereti semakin tinggi kesedaran bahawa diri ini hanya hamba.


Semoga kecintaan kita kepadaNya makin bertambah!


credit to fuadlatip.com.

Tuesday, February 15, 2011

MARAH!

marah. 1 penyakit jiwa yang kalau tidak dikawal, buruk padahnya. semua orang mesti pernah terlepas 'MARAH'. mesti pernah melenting. 


tapi, ada ke orang yang pernah marah unknown person??


aku pernah. twice. bila dipikir balik, menyesal. aku akui hampir tiap hari aku dihantui dengan igauan dosa yang 1 ini.


mungkin sebab rasa ego dalam diri. dengan status aku sebagai student U, critical course lagi, membuatkan aku rasa diri aku bagus. aku pandang rendah orang yang kerja dekat kaunter. pandang sebelah mata.


sekarang, aku sedar. menyesal sangat. betapa hinanya diri ini menganggap diri begitu istimewa sedangkan darjat seseorang itu sama sahaja di sisi Pencipta. cuma yang membezakan adalah TAQWA. 


kalau dosa itu kepada Allah, bertaubatlah. nescaya akan diampunkanNya. Allah kan Maha Pengampun.


tapi, dosa kepada manusia. perlu langsaikan dengan tuan punya badan sendiri. masalahnya, how could i find them??


Aku takut aku perlu mencari mereka di akhirat kelak. Dan aku tahu, kalaupun aku jumpa mereka di dunia ini, aku tidak cukup kuat untuk mengakui dosa2 tersebut.


Ya Allah, maafkan aku. Aku tidak mampu kawal diriku sendiri. aku tidak mampu kawal emosi. Aku ini hanya hambaMu yang lemah. Berilah kekuatan kepadaKu Tuhan, untuk tidak lagi mengulangi dosa tersebut. Bantulah aku Ya Rabbi.


Cuma 1 yang aku harapkan, Ya Allah, lembutkan hati mereka untuk memaafkan aku.